Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Soalan: (Sayur-mayur) yang dijual di pasar malam itu (segar-bugar) dan murah (belaka-belaka). Mengapakan penggunaan kata ganda (belaka-belaka) salah? Apakan cara untuk membezakan kata ganda yang betul atau salah? Harap pekerja DBP boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini.Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat  yang gramatis ialah Sayur yang dijual di pasar malam itu segar dan murah belaka.Tatabahasa03.04.2013
cantik belaka atau cantik-cantik belaka. yang manakah betul?

Perkataan “belaka” bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu, tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya.

Jawapan yang betul ialah "cantik belaka".  "Cantik-cantik belaka" juga betul tetapi dianggap lewah dalam konteks ayat kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak.

Lain-lain29.06.2022
Apakah perbezaan antara tiga yang berikut? tinggi-tinggi belaka tinggi belaka tinggi-tinggiFrasa yang betul ialah tinggi-tinggi belaka dan tinggi-tinggi bergantung pada konteks ayat yang digunakan seperti Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka dan Pejabat kami dikelilingi bangunan yang tinggi-tinggiMakna25.02.2012
Yang manakah betul: sedap belaka sedap-sedap belakaFrasa yang betul ialah 'sedap belaka' kerana perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.Tatabahasa24.08.2014
makanan di sini mahal belaka. tuan, adakah mahal-mahal belaka atau mahal belaka betul? tqAyat yang betul ialah: Makanan di sini mahal-mahal belaka.Tatabahasa19.09.2011
Selamat pagi. Saya masih musykil tentang penggunaan "belaka" a) Murid-murid itu amat bijak-bijak belaka. b) Murid-murid itu amat bijak belaka. c) Murid itu bijak-bijak belaka. d) Murid itu amat bijak belaka. Yang manakah betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: b) Murid-murid itu amat bijak belakaTatabahasa17.08.2011
1. masakannya sedap-sedap belaka 2. masakannya sedap belaka Encik/ Puan, ayat yg mana betul dan kenapa? mohon pencerahan...Ayat yang betul ialah masakannya sedap belaka.Tatabahasa03.12.2015
1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ?1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya?Lain-lain22.02.2014
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.
Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.
Tatabahasa28.08.2012
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka.

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belaka