Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Belah buluh jangan diusik, Kalau diusik menjadi bilah; Bunga tangguh jangan dikutip, Kalau dikutip menjadi salah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah batang penjara padi, Rebah padi dipukul ribut; Adik saya datang ke mari, Tanda kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kalau belah jangan panjang, Itu dah memang adat jati; Saya izinkan puan pulang, Tapi jangan lupa janji.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Batu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.



Lihat selanjutnya...