Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dititik belah, dipalu belah (= datar).

Takrif

Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.

Takrif

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Takrif

Berkata benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).

Takrif

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pecah menanti sebab, retak menanti belah.

Takrif

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salah cotok terkudung paruh, salah telan belah perut.

Takrif

Melakukan pekerjaan yang salah tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pedang bermata dua.

Takrif

Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti gergaji dua mata.

Takrif

Mencari keuntungan daripada kedua belah pihak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air besar, batu bersibak.

Takrif

Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti parang (= pisau) mata dua.

Takrif

Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.



Lihat selanjutnya...