Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa.

Takrif

Tiada pernah lupa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera.

Takrif

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mempertinggi tempat (= bekas) jatuh, memperdalam tempat (= bekas) kena.

Takrif

Menambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja, sehingga kerugian (hukuman) menjadi bertambah berat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.

Takrif

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggantikan lapik.

Takrif

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti tikus masuk roman.

Takrif

Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Takrif

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Takrif

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.



Lihat selanjutnya...