Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Soalan tentang penggunaan kata ganda, bekas-bekas pelajar @ bekas pelajar-pelajar yang mana satukah penggunaan kata ganda yang betul.Tidak perlu menggandakan salah satu daripada perkataan tersebut, cukup sekadar "bekas pelajar" kerana frasa tersebut boleh merujuk tunggal atau jamak berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Ejaan12.08.2011
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan"Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh.Ejaan18.01.2008
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan nama bagi bekas pembungkusan "clamshell". Bekas ini digunakan untuk meletak roti.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi bekas clamshell ialah bekas berbentuk tiram.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S.

Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S

Tatabahasa28.09.2021
Apakah maksud bekas tanganBekas tangan bermakna: a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulanEjaan09.08.2006
Soalan ini tentang nama sejenis alat tulis. Sila rujuk dokumen yang dilampirkan. Terima kasih.Tidak ada nama khusus untuk bekas tersebut, lazimnya diungkapkan sebagai bekas pensel atau bekas pen.Lain-lain15.11.2012
Bavani menyiram pokok bunga menggunakan (bekas penyiram air).Adakah bekas penyiram air betul ?Bavani menyiram pokok bunga menggunakan penyiram air.Tatabahasa11.08.2016
Bekas yang digunakan untuk menyiram bunga dipanggil "bekas penyiram "atau "penyiram"?Dalam Kamus Pelajar, penyiram ditakrifkan sebagai alat untuk me­nyiram. Oleh itu, penyiram telah merujuk bekas alat yang digunakan untuk menyiram.Tatabahasa30.03.2010
Penjodoh bilangan yang sesuai untuk bekas. Iaitu container untuk menyimpan makanan.Penjodoh bilangan untuk bekas yang dimaksudkan tuan/puan ialah buah. Contohnya sebuah bekas.Tatabahasa04.09.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.



Lihat selanjutnya...