Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada elok yang tak buruk.

Takrif

Janganlah bebas menceritakan rahsia diri sendiri kepada orang, kerana selama baik mesti akan datang waktu bermusuhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Takrif

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kuda lepas dari pingitan.

Takrif

Sangat bergembira, sebab bebas daripada kongkongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang.

Takrif

Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memperdekatkan rabuk dengan api.

Takrif

Memberi perangsang kepada sesuatu hal yang kurang baik, misalnya tentang pergaulan bebas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.

Takrif

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.



Lihat selanjutnya...