Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lebat pisang buahnya banyak, Banyak pula isi sikatnya; Adat dibilang faedahnya banyak, Banyak pula kaji tersiratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tumbuh betung di tepi semak, Di tepi semak banyak onaknya; Sungguh untung berbini banyak, Bini banyak banyak bengaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Keris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak-banyak kera di bukit, Ada seekor lutung mawa; Kalau banyak ringgit di poket, Kawan tak biasa tegur nama.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.



Lihat selanjutnya...