Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Takrif

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Takrif

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Amak berlela, amak berupa.

Takrif

Banyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makin banyak orang, makin banyak niat.

Takrif

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.

Takrif

Banyak pengalaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Takrif

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar kayu besar bahannya.

Takrif

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gedang kayu, gedang dahannya.

Takrif

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar bahannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan.

Takrif

Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak habis, sedikit sedang.

Takrif

Tentang membelanjakan wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.



Lihat selanjutnya...