Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat.Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda".Tatabahasa03.01.2013
tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyaktolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak
Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.
Lain-lain24.01.2014
1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4.

Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.


Tatabahasa12.05.2011
adakah banyak boleh menggantikan ramai untuk orang contoh ayat: banyak orang banyak murid banyak ibu bapaPerkataan ramai membawa maksud terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak  orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti banyak ibu bapa merujuk bilangan ibu bapa yang besar jumlahnya. Tatabahasa12.02.2018
Hi ingin mohon penterjemahan untuk fail yang dilampirkan. Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan pihak tuan.DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan secara rasmi. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.
Lain-lain09.10.2020
Assalamualaikum. Saya sudah boleh muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi Terima kasih banyak-banyak.Sama-sama. Jadikan prpm.dbp.gov.my teman setia di hujung jari saudara. Sebarkanlah kemanfaatannya kepada rakyat Malaysia yang lain.Lain-lain10.01.2014
Selamat sejahtera Saya ingin mengetahui sama ada susunan "mempunyai banyak" ataupun "banyak mempunyai" merupakan susunan yang betul. Sekian, terima kasih.Kedua-dua "mempunyai banyak" dan "banyak mempunyai" adalah betul.Tatabahasa11.01.2012
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu.Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang".Tatabahasa15.12.2016
Assalamualaikum.... Saya Telah Membuat Pembetulan Pada Bahagian Nombor Telefon Sebagaimana Yang Telah Dimaklumkan...Mohon Semakan Semula Adakah Papan Tanda Terbaru Ini Boleh Digunakan?Terima Kasih Banyak-Banyak...Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa01.10.2015
1) Hal ini demikian kerana "banyak terdapat" ladang... banyak terdapat atau terdapat banyak? 2) Antaranya termasuklah... Gramatis? 3) Penglibatan atau pelibatan? Terima kasih.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah "terdapat banyak ladang. Ejaan yang betul ialah penglibatan.Tatabahasa31.07.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.



Lihat selanjutnya...