Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Majalah ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tepak peminang dari gangsa, Bawa mudik ke hulu-hulu; Kami tidak memandang bangsa, Bangsa abang biarlah dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Siap menyulam kain sutera, Kembang bunga rasanya kelat; Setiap warga sayangkan bendera, Kambang bangsa Negara berdaulat.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Tegak adat kukuhlah bangsa, Hidup rukun tenggang-menenggang; Rosak adat tumbuh sengketa, Sengketa tumbuh nasib pun malang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa.Pantun Melayu SarawakKasih
Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsa

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.



Lihat selanjutnya...