Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bangsa teling tipis.

Takrif

Orang yang lekas marah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bangsa bermuka papan.

Takrif

Tidak bermalu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Takrif

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Takrif

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Takrif

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bahasa menunjukkan bangsa.

Takrif

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.

Takrif

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.

Takrif

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyeberangi jambatan emas.

Takrif

Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Takrif

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsa

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.



Lihat selanjutnya...