Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SPA

Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan

mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa

menjadi popular semasa pemerintahan Rom.

Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air

garam yang terkandung dalam air spa dapat

menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom

telah membina tempat mandi di Bath dan St.

Albans di England.

UMUM
SUSSEX

Sussex ialah kaunti yang besar di pantai barat daya

England. Ramai orang bercuti mengunjungi bandar-bandar

tepi pantainya pada musim panas.

Kebanyakan penduduk Sussex tinggal berdekatan

dengan kawasan pantai dan berulang-alik ke

London kerana bekerja. Salah satu daripada

pertempuran masyhur dalam sejarah Britain berlaku

di Sussex berhampiran bandar Hastings pada tahun

1066. Pada pertempuran ini, Duke William dari

Normandy mengetuai serangan yang berjaya

menakluki England dan menjadi King William I (the

Conqueror).

UMUM
THEBES

Thebes ialah bandar purba di Boeotia, kawasan

di tengah Yunani. Pada suatu masa, Thebes ialah

negara kota paling berkuasa di Yunani, dan

merupakan ketua persekutuan bandar-bandar yang

dikenali sebagai Liga Boeotia. Bandar ini terletak di

bahagian tenggara Boeotia, kira-kira 48 kilometer

ke utara Athens. Menurut legenda purba, Cadmus,

putera dari Phoenicia, mengasaskan Thebes.

Bandar ini muncul dalam legenda Oedipus, yang

hampir sama terkenal dengan kisah Troy (lihat

Oedipus ).

UMUM
MAINE

Maine (pend. 1 233 223) ialah sebuah negeri di

timur laut Amerika Syarikat. Luasnya 86 156

kilometer persegi. Bandar-bandar terbesarnya ialah

Portland, Lewiston dan Bangor. Augusta ialah ibu

negerinya. Nama Maine mungkin bererti mainland

(tanah besar) dalam bahasa Inggeris. Penjelajah-

penjelajah awal Inggeris menggunakan istilah The

Main untuk membezakan tanah besar daripada

pulau-pulau di luar pantai.

UMUM
KAYU PELANTAK

Kayu pelantak ialah jentera peperangan yang

digunakan di Zaman Purba dan Zaman

Pertengahan untuk membuka sela di dinding atau

pintu pagar istana kota dan bandar-bandar

berkubu. Orang Assyria mahir menggunakannya

UMUM
ASHFIELD

Ashfield (pend. 106 800) ialah kawasan

perlombongan batu arang di Nottinghamshire,

England. Ashfield ialah daerah kerajaan tempatan,

yang termasuk bandar Hucknall, Kirkby di

Ashfield, dan Sutton di Ashfield. Industri penting

di bandar-bandar ini termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran perabot, hosieri, dan tekstil.

Sesetengah kampung perlombongan batu arang

seperti Selston diperikan dalam novel D.H

Lawrence (lihat Lawrence, D.H. )

UMUM
MORGAN, SIR HENRY

Morgan, Sir Henry (1635?1688) ialah bajak

laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada

zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam

perdagangan dan perebutan tanah jajahan.

Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar

dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia

Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada

tahun 1671, dialah yang menyebabkan

kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar

Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah.

UMUM
MONAGHAN

Monaghan adalah kaunti di utara Republik

Ireland. Ia adalah salah sebuah kaunti daripada

tiga buah kaunti provinsi Ulster dan bukannya

sebahagian Ireland Utara. Kebanyakan muka

buminya sesuai untuk bercucuk tanam.

Perkampungan yang berselerak dan bandar-bandar

kecil terletak dalam kawasan penternakan.

Bandar Monaghan ialah pusat bandar terbesar.

UMUM
RIGA

Riga (pend. 875 000) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Latvia. Riga ialah pusat perkapalan yang

penting, dan lebih separuh keluaran industri Latvia

dihasilkan di bandar ini. Bandar ini juga menjadi

pusat kebudayaan dan politik Latvia selama

beratus-ratus tahun. Bandar ini terletak di hujung

selatan Teluk Riga, dan melalui bandar inilah

Sungai Dvina Barat (Daugava) mengalir masuk ke

teluk tersebut. Untuk lokasi, lihat Latvia (peta). Di

bandar ini, kompleks perumahan moden

membangun di sekeliling gereja dan rumah-rumah

saudagar yang cantik, yang dibina pada Zaman

Pertengahan.

UMUM
PERANCANGAN BANDAR

Perancangan bandar ialah proses mengawal

pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang

bandar orang yang mengendalikan proses ini,

menasihati kerajaan mengenai cara memajukan

komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan

pemaju hartanah yang merancang untuk

memajukan komuniti yang baru.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?



Lihat selanjutnya...