Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.

Takrif

Sudah terlambat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Upah lalu, bandar tak masuk.

Takrif

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.

Takrif

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru.

Takrif

Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gigi tanggal, rawan murah.

Takrif

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?



Lihat selanjutnya...