Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bolehkah bandar-bandar raya asing menggunakan perkataan bandaraya pada namanya? Contohnya, Bandaraya Mexico.Lazimnya dalam penulisan, nama bandar ditulis terus seperti ayat "bandar-bandar besar di dunia seperti New York, London dan Paris".Tatabahasa22.02.2015
Salam tuan, saya ingin menggandakan perkataan bandar raya. Yang mana betul: badar-bandar raya atau bandar raya bandar raya? Bagaimana pula menggandakan perkataan menteri besar?Apabila menggandakan kata jamak, perkataan yang pertama sahaja digandakan seperti Menteri-menteri Besar Bandar-bandar raya.Tatabahasa11.04.2013
Manakah satu yang betul Bandar raya,Bandaraya,atau bandar-bandar rayaEjaan yang betul  ialah Bandar raya  (kata nama am). Jika kata nama tersebut sebahagian daripada nama khas yang didaftarkan contohnya Majlis Bandaraya Shah Alam, maka ejaannya ialah "Bandaraya" mengikut nama khas tersebut. Ejaan15.07.2021
Apakah perbezaan bandar, bandar raya, dan kota raya? Bolehkah "city" diterjemahkan kepada kota raya bagi istilah pelancongan?
Bandar ialah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Bandar Raya ialah  yang besar lagi penting yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih atau digelar juga sebagai kota raya. Kota Raya ialah  bandar raya yang besar.  Berdasarkan makna ketiga-tiga perkataan tersebut tidak ada perbezaanya. Oleh itu, istilah kota raya boleh digunakan  dalam istilah pelancongan kerana membawa makna yang sama.
Istilah18.09.2020
Assalamualaikum.. Saya nak tanya mana yang lebih sesuai digunakan untuk ayat ini Majlis Sempena PENGISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja ATAU Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja Terima Kasih..

Puan Zi,

Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja penggunaan ayat yang betul.

Tatabahasa03.10.2012
Assalammualaikum... saya nak bertanya mana yang lebih sesuai Soalan 1 Monogram Bandar Diraja ATAU Logo Bandar Diraja SOALAN 2 : Boleh atau tidak menggunakan ayat Pemasyhuran Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja ATAU Perisytiharan / Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Sekian terima kasih

Waalaikummussalam saudari Zi,

1. Logo Bandar Diraja

2. Perisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja.

Lain-lain04.10.2012
Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kalau tidak, sila berikan pembetulannya. Terima kasih. 1 Stesen-stesen minyak di bandar-bandar semakan bertambah. [bolehkah stesen-stesen minyak dan banda-bandar digunakan bersama-sama seperti ayat ini.] 2 Nama-nama peserta-peserta sudah kami sediakan. [Yang manakah betul: Nama-nama peserta atau nama peserta-peserta.Ayat yang betul:
1 Stesen minyak di kawasan bandar semakan bertambah.
2 Nama/senarai peserta sudah kami sediakan.
Tatabahasa16.10.2015
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi.Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi.Tatabahasa18.03.2013
Salam... Saya nak tanya...slogan yang mana lebih sesuai/tepat boleh digunakan: 1. Bandar Maharani, Bandar DiRaja @ 2. Maharani Bandar DiRaja Soalan kedua, ejaan mana yang betul 1. DiRaja @ 2. Diraja Sekian..terima kasihEjaan yang betul ialah Diraja. Jika melihat contoh Kuala Kangsar Bandar Diraja, maka frasa yang betul ialah Maharani Bandar Diraja. Walau bagaimanapun kami cadangkan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memastikan penamaan yang betul bandar tersebut.Tatabahasa01.08.2012
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul?Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam.Tatabahasa01.03.2007
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?



Lihat selanjutnya...