Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
terima balasan seperti berikut: Soalan : sila semak perkataan jawi Jawapan : Betulkan ejaan En (hamzah dan nun) kepada terima kasih atas pembetulan. Disebabkan saya tidak fasir dalam Bahasa Jawi, bolehkah Tuan/Puan tolong saya taipkan "TAMAN PERINGATAN NIAN EN" dengan pembetulan , terima kasih! Yang benar, Lee Sze YeeBerikut merupakan ejaan Jawi seperti yang diminta oleh  puan.  Terima kasih.                           
     
Ejaan25.11.2014
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul?

1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. Pelbagai  jenis kuih-muih adalah betul tetapi lewah. Pelbagai jenis kuih juga adalah betul dan tidak lewah. 2. Saling berpeluk-pelukan adalah betul tetapi lewah. Saling berpelukan adalah betul dan tidak lewah.

Tatabahasa20.03.2014
Salam sejahtera DBP, 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini? sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saya+tidak+tahu+apa&d=10 Soalan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? Jawapan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Jenis Soalan: Tatabahasa Tarikh Soalan: 05.06.2010 terima kasih.Untuk makluman, "bagaimana" dan "apa" ialah kata tanya. Kata tanya ialah  perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.  Contohnya:
1. Kesihatannya sekarang bagaimana?
2. Bagaimankah kesihatannya sekarang?
3. Yang di dalam kotak itu apa?
4. Apakah yang di dalam kotak itu?

Oleh itu,  ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Saya tidak tahu cara membuat kuih itu.
2.Saya tidak tahu perkara yang sedang dilakukannya.

Tatabahasa11.02.2014
NO Pendaftaran 24107/2015.belum dapat balasan lagi.Permohonan tuan telah disemak dan diluluskan. Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain22.06.2015
Setiap perbuatan yang _____ akan mendapat balasan yang setimpal. "dilakukan oleh mereka" ATAU "dilakukan mereka", yang manakah paling tepat?Frasa yang tepat ialah dilakukan oleh mereka.Tatabahasa04.07.2013
09-01-2015 sudah memohan sekarang masih menunggu balasan.Sila berikan nombor pendaftaran iklan tersebut supaya kami dapat memproses iklan tersebut dengan segera.Lain-lain19.01.2015
Salam, aku nak tanya pasal tatabahasa 'apa' dan 'apa-apa'. 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini "Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya." sedangkan ayat ini boleh dikatakan ayat pernyata? (tidak menganggapnya sebagai ayat dialog) 2. No one knows what is in the bag. => a) Tidak ada orang yang tahu apa yang ada di dalam bag itu. b) Tidak ada orang yang tahu apanya yang ada di dalam bag itu. c) Tidak ada orang yang tahu benda yang ada di dalam bag itu. Mohon nasihat. Terima kasih."Apa" merupakan kata ganti nama diri tanya yang merujuk benda atau perkara.  Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata, dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. "Apa" digunakan dalam ayat tanya dan "apa-apa" digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. Ayat yang betul ialah "Tidak ada orang yang tahu benda yang ada di dalam beg itu".Tatabahasa08.02.2014
as,kum,,,, tuan saya nak tanya, berapa lama kah saya boleh mendapat balasan atu jawapan, apabila saya sudah menghantar bahan saya ke DBP?.Mohon tuan memperincikan jenis bahan yang dihantar ke DBP. Adakah bahan yang dimaksudkan ialah manuskrip atau rencana/artikel/cerpen/puisi. Sekiranya bahan manuskrip, tuan hendaklah menghantar bahan tersebut kepada Pengarah Penerbitan, Aras 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau, sekiranya rencana, cerpen, puisi mohon tuan menghantarnya kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2008
Tuan/Puan, Apakah pecahan ejaan yang betul bagi "penyingkiran". Adakah "pe-ying-kiran". Balasan pihak puan/tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Pecahan ejaan yang betul ialah pe.nying.ki.ranLain-lain18.08.2021
SEMALAM 3/9/2014 TELAH HANTAR PERMOHONAN IKLAN,SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM DAPAT BALASAN.HARAP ANDA BOLEH BAGI SAYA JAWAPAN.THANKS.Sila hubungi nombor 03-21479692 atau 21479500 dan berikan nombor pendaftaran permohonan tersebut.Lain-lain04.09.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.



Lihat selanjutnya...