Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah.

Takrif

Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun.

Takrif

Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Takrif

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Emas berpeti, kerbau berkandang.

Takrif

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerbau kandang, emas berpura.

Takrif

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Musang berbulu ayam.

Takrif

Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Serigala berbulu domba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Serigala berbulu domba.

Takrif

Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada beras, taruh dalam padi.

Takrif

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diperluas parak, tidak disiangi.

Takrif

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti.

Takrif

Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...