Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Tampak ranggas takkan meleting.

Takrif

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampak duri takkan mengait.

Takrif

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Merawal menulang bukit, cerana menengah kota.

Takrif

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.

Takrif

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Perut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.

Takrif

Alamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mat di bawah dagu.

Takrif

Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahawa

Peribahasa
327

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...