PeribahasaHilang bahasa lenyap bangsa.TakrifApabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab bahasa menunjukkan bangsa.TakrifBudi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBahasa menunjukkan bangsa.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.TakrifBiarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.TakrifBudi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai banteng ketaton.TakrifMengamuk dengan membabi-buta. ketaton = kena luka (bahasa Jawa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir jernih, ikannya jinak.TakrifNegeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.TakrifOrang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |