Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jambatan emas.

Takrif

Jalan mencapai bahagia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuah anjing, celaka kuda.

Takrif

Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Intan berlian jangan dipijakkan.

Takrif

Untung bahagia jangan dielakkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulan naik matahari naik.

Takrif

Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rumah gedang ketirisan.

Takrif

Perempuan yang tidak membawa bahagia kepada suaminya. ketirisan = kebocoran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sirih naik, junjungan naik.

Takrif

Mendapat untung dan bahagia silih berganti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Untung ada tuah tiada.

Takrif

Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telaga di bawah gunung.

Takrif

Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.

Takrif

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagia