Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Takrif

Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cupak tegak yang diisi.

Takrif

Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Takrif

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan dari pintu belakang.

Takrif

Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tegak hendak berlari.

Takrif

Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah makan bismillah.

Takrif

Melakukan pekerjaan dengan tidak menurut aturan. bismillah = mulai dengan nama Allah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi duduk daripada tegak.

Takrif

Sesuatu yang tiada menurut aturan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memahat di dalam baris, berkata dalam pusaka.

Takrif

Mengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada tangga hendak memanjat tiang.

Takrif

Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Takrif

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aturan