Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat raja menjaring; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat dinda menjeling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat itik berenang; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat adik melenggang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat ikan bertelur; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat puan menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga.Pantun Melayu SarawakNasihat
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan asyik memegang senjata, Ke mana pergi orang mengumpat; Jangan adik memandang harta, Hamba ini dagang melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan asyik menjala malam, Hari siang kantuklah mata; Jangan adik bermuka masam, Kami datang dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daripada duduk asyik berunding, Eloklah mencari makanan puyuh; Daripada menengiok adik bersanding, Eloklah pergi berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang.Pantun Melayu SarawakKasih
Balam tekukur burung di hutan, Asyik berbunyi sepanjang hari; Di dalam tidur aku mimpikan, Adik berjanji datang sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.



Lihat selanjutnya...