SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiArak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnakCina turun ke pekan, Minum arak sambil berdiri; Jangan dihina orang berdagang, Ambo mari nak kirim diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina anak Yahudi, Minum arak berpeti-peti; Sejak bunga dipagar besi, Kumbang di luar menghempas diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Pinang laut keliling, Tempat Hindu minum arak; Dapat dikirim sirih pinang, Rindu dendam siapa nak bawak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPotong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan berdua berjalan malam, Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain bila nak sudah. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak |
|
Puisi |
---|
|
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.
Lihat selanjutnya... |
|