Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angkuh terbawa, tampan tertinggal.

Takrif

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Takrif

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Takrif

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Takrif

Sombong, angkuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu, kilat bersabungan.

Takrif

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang.

Takrif

Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. selang = pinjam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Agung susut, pongah masih.

Takrif

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.

Takrif

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.

Takrif

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.

Takrif

Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkuh