Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? A) Kita tidak harus bersikap angkuh terhadap kebolehan diri. B) Kita tidak harus bersikap angkuh akan kebolehan diri.Ayat yang betul ialah "Kita tidak harus bersikap angkuh terhadap kebolehan diri".Tatabahasa22.05.2015
Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami. Nabi Syuaib berkata, Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya? bagi petikan tersebut adakah perlukan tanda noktah di luar tanda petik lagi: Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami. Nabi Syuaib berkata, Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?.Penggunaan tanda baca yang betul:

Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami." Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?” 
Ejaan10.09.2020
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh.1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh.Tatabahasa23.04.2013
MAKNA PERKATAAN DALAM KAMUS DEWAN

Perkataan bermaksud  1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata. Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna17.04.2009
Apakah maksud eragon?Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami. Mengikut pengetahuan kami, eragon ialah watak dalam filem Barat. Bagaimanapun, perkataan yang hampir ejaan dengan eragon ialah 'arrogant' yang bermakna angkuh mengikut Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna08.02.2009
Satu perkataan yang menyifatkan "Rendah diri" atau sejenis bunga/tumbuhan yang menyifatkan demikian bagi menamakan sesebuah tamanSoalan saudara tidak jelas. Bagaimanapun, makna "rendah diri" ialah sikap seseorang yang suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya.Makna16.01.2008
Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu.Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh.Istilah09.01.2008
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa?Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga".
Tatabahasa09.06.2014
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa ?Salam sejahtera,

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga".

Sekian, terima ksih.
Tatabahasa17.03.2018
Salam, saya ingin meminta pencerahan tentang perkataan 'riak'. 'Riak' mempunyai banyak maksud. Namun, saya keliru untuk mengambil makna yang mana satu di antara banyak makna tersebut. Saya lihat hampir kesemua maknanya bersangkutan dengan gerakan/reaksi/tindak balas sesuatu. Tiada satu pun yang merujuk perasaan diri. 'Riak' yang saya maksudkan ialah sifat yang angkuh, sombong, bongkak dan bangga diri. Sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.  Riak yang puan maksudkan itu ialah perkataan riyak yang berasal daripada bahasa Arab.  Sila lihat maksud riyak dalam Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 1337.Makna11.09.2014
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkuh