Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Anak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Anak-anak di kayu tinggi, Tempat galah si daun pisang; Anak dagang menumpang di sini, Bajulah basah kering di pinggang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak ndong anak ketitir, Anak merbah terloncat-loncat; Untung dikendong habis tercicir, Untung dikejar haram tak dapat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.



Lihat selanjutnya...