Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak kambing takkan menjadi anak harimau.

Takrif

Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Takrif

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat.

Takrif

Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berketuk ayam dalam telur.

Takrif

Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana layang-layang salah teraju.

Takrif

Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melentur biarlah waktu rebung.

Takrif

Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seumpama telur sesarang, dierami induknya.

Takrif

Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Upah bidan pun tak terbayar.

Takrif

Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Takrif

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti birah tumbuh di tepi lesung.

Takrif

Anak-anak yang lekas subur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.



Lihat selanjutnya...