Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kambing dikuliti hidup-hidup.

Takrif

Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Takrif

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum sekuku.

Takrif

Amat sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Baunya setahun pelayaran.

Takrif

Amat busuk sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai sepatung mandi.

Takrif

Sebentar amat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagaimana kumbang putus tali.

Takrif

Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyelami air dalam tonggak.

Takrif

Amat sukar menyelami hati manusia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti batu di pulau.

Takrif

Amat banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kersik di pulau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).

Takrif

Amat cepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kain tak bertepi.

Takrif

Kemiskinan yang amat sangat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.



Lihat selanjutnya...