Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Patah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati.

Takrif

Apabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak menggaruk tidak berkuku.

Takrif

Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Takrif

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing menjemput api.

Takrif

Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kapak naik cerana.

Takrif

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri.

Takrif

Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengais hendaklah berkuku.

Takrif

Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menepung tiada berberas.

Takrif

Banyak cakap, tiada buktinya, berbuat sesuatu tanpa alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Seperti hendak menepung tiada berberas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).

Takrif

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sampan ada pengayuh tidak.

Takrif

Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alat

Peribahasa
12

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak pandai menganyam, pandan disalahkan.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak pandai menganyam, pandan disalahkan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...