Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih. | Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Alat tulis-alat tulis =alat-alat tulis? ? | Jawapan ialah alat-alat tulis kerana penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Bolehkah alat tulis digandakan menjadi alat-alat tulis? Atau alat tulis sudah memadai kerana sudah membawa makna jamak? | Perkataan "alat tulis" boleh digandakan menjadi "alat-alat tulis". Namun, memadai ditulis "alat tulis" sahaja kerana perkataan "alat" telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
minta jawi untuk ALAT-ALAT GANTI | Ejaan Jawi bagi ALAT-ALAT GANTI ialah
| Ejaan | 12.10.2020 |
minta jawi untuk KEDAI ALAT-ALAT GANTI | Ejaan Jawi bagi KEDAI ALAT-ALAT GANTI ialah | Ejaan | 21.10.2020 |
1) Salam, dalam ayat di bawah yang mana satu subjek dan predikat? minta penjelasan. ayat: Alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu tersusun kemas. 2) Dalam ayat yang sama, bolehkah ayat songsang dilakukan dengaan pendepanan kata sendi nama? jawapan: Di dalam bengkel itu alat-alat pertukangan tersusun kemas. minta penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih. | 1. Subjek - Alat-alat pertukangan di dalam bengkel; dan predikat - tersusun kemas. 2. Ayat songsang ialah pendepanan predikat mendahului subjek. Kata sendi nama dalam ayat tersebut hadir dalam subjek, maka ayat songsang yang betul ialah Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel. | Tatabahasa | 15.10.2014 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 4. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 5. TADIKA 6. PASAR MINI TERIMA KASIH. | 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA: 2. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT ALAT GANTI DAN SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah 3. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PENJUAL ALAT GANTI DAN PUSAT SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah 4. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT JUALAN DAN SERVIS LORI. Teks jawinya ialah 5. TADIKA: 6. PASAR MINI: | Ejaan | 05.12.2019 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk disikan dalam ayat di bawah. Kuasa elektrik yang disalurkan digunakan pengguna-pengguna untuk .................... alat-alat elektrik. | Kuasa elektrik yang disalurkan digunakan untuk menghidupkan alat-alat elektrik. | Tatabahasa | 19.12.2014 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih. | Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah: 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - 2. SYARIKAT LOGAM - 3. GERAI MAKANAN - 4. GERAI MINUMAN - 5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - 6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - 7. PAKAR SISTEM SEKURITI - 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - 9. BILIK PAMERAN - 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - | Ejaan | 02.12.2019 |
pengedar alat-alat ganti mesin | pengedar alat ganti mesin | Tatabahasa | 15.12.2008 |