Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Paku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil kain buangkan baju, Kerana baju tidak bertepi; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku tidak berbudi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima; Ada lain buangkan aku, Kerana aku dagang hina.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.



Lihat selanjutnya...