Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Paku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju tidak bertepi; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku tidak berbudi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ada kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima; Ada lain buangkan aku, Kerana aku dagang hina.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.



Lihat selanjutnya...