PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
self-replicating | | | Proses apabila suatu bahan dapat membuat salinan dirinya sendiri. Sel biologi dalam keadaan tertentu dihasilkan semula melalui pembahagian sel. Semasa pembahagian sel, DNA akan menyalin dirinya sendiri dan seterusnya membiak. Nanoteknologi akan menghasilkan peranti yang dapat menyalin dirinya sendiri melalui penyusunan molekul bahan, di samping dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya, molekul DNA. |
particle light analysis | | | Kaedah yang digunakan untuk pengukuran saiz zarah dengan menggunakan pancaran cahaya (laser). Teknik ini berfungsi berdasarkan prinsip pancaran cahaya yang mengenai zarah akan menghasilkan sudut serakan cahaya. Zarah yang mempunyai saiz yang berbeza akan menghasilkan sudut serakan cahaya yang berbeza. Semakin kecik saiz zarah, semakin besar sudut serakan cahaya. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |
photolithography | | | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali. |
magnetofluid | | | Koloid yang terdiri daripada zarah magnet bersaiz sekitar 10 nm disalut dengan suatu surfaktan untuk mengelakkan berlakunya penggumpalan. Koloid ini diampaikan dalam suatu cecair seperti minyak transformer atau kerosin. Apabila dikenakan medan magnet luar, nanozarah akan menjajar mengikut arah medan luar dan bendalir akan bersifat magnet. Contoh zarah magnet tersebut ialah magnetit (Fe3O4). Sinonim ferobendalir. |
fuel cell | | | Alat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran. |
metastable | | | Keadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil. |
natural nanoscale sensor | | | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
silicon nanograss | | | Permukaan pada wafer silikon yang apabila dicerap dengan menggunakan mikroskop elektron akan kelihatan seperti rumput bersaiz nano. Rumput silikon ini dapat dibentuk dengan pelbagai cara dan salah satunya melalui punaran plasma hidrogen. Rumput ini dapat mengawal pengaliran titisan cecair pada permukaan silikon untuk menyejukkan litar bersepadu komputer. Rumput ini juga digunakan sebagai komponen peranti komunikasi fotonik dan juga sebagai sensor. |
electrolytical etching | | | Proses punaran logam yang melibatkan penggunaan elektrolit, anod dan katod. Logam yang hendak dipunar akan disambungkan kepada bahagian terminal positif arus elektrik. |