PeribahasaIngat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.TakrifHendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCondong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.TakrifPemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.TakrifDalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan pembasuh kaki (= tangan).TakrifHadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.TakrifTiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih.TakrifIlmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit akan disigai, tebat akan disiar.TakrifIngin berbuat sesuatu yang mustahil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersabung akan induk ayam (= akan itik).TakrifTidak tepat dengan dugaan semula; kecewa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk.TakrifNiat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin.TakrifTiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |