Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak akan aib kucing biang.

Takrif

Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencabik baju di dada.

Takrif

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjemur bangkai ke atas bukit.

Takrif

Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.

Takrif

Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.

Takrif

Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membasuh najis dengan mala.

Takrif

Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aib