Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AHLI SAINS KRISTIAN

Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan

agama yang menekankan penyembuhan rohaniah.

Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan

pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an.

Agama ini berpunca daripada agama Kristian

Protestan.

UMUM
KIMIA

Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli

kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk

di dalam alam semesta. Mereka mengkaji

bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan

yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan

sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya.

Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami

perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia

melibatkan perubahan kandungan kimia dalam

sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari

udara yang membentuk karat ialah satu perubahan

kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan

fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air

berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa

ia membeku.

UMUM
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. Hakim yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM
PROTOZOA

Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang

mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan

atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan

protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya

dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai

ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai

haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan

protozoa bersama lain-lain organisma ringkas

dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa

dikenali sebagai protozoologi.

UMUM
PRIMAT

Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang

terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling

hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan

lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat.

Mereka membahagikan primat kepada dua jenis

utama: (1) antropoid manusia, beruk dan monyet,

dan (2) prosimia aye-aye, galago, lemur, kongkang,

poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan

tikus kesturi sebagai prosimia.

UMUM
MEDICI

Medici ialah nama sebuah keluarga pemerintah di

Florence, Itali. Ahli-ahli keluarga tersebut

memainkan peranan yang penting dalam sejarah

Itali dan Perancis dari tahun 1400-an sehingga

tahun 1700-an.

UMUM
MINDA

Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah

mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat

semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih

belum mencapai persetujuan tentangnya.

UMUM
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan

kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut

agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada

tiga kumpulan utama Roman Katolik, Protestan

dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini

mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang

Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut

Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama

mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya

bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai

Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa

manusia boleh diselamatkan melalui Jesus.

UMUM
QASTALANIY, SHIHAB AL-DIN AL-

Qastalaniy, Shihab al-Din al- (851923 H./

1448 1517 M.), ahli hadith, ahli sejarah, ahli fiqh

dan pakar dalam bidang qiraat. Nama penuhnya

ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakr ibn

Abd al-Malik ibn Ahmad ibn Muhammad ibn

Muhammad ibn Husayn ibn Ali. Dia berasal dari

Qastalan, Mesir.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli