Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Murai biasa berkicau.

Takrif

Ahli dalam lapangannya sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Takrif

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam itik, raja pada tempatnya.

Takrif

Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jikalau beranak ikut kata bidan.

Takrif

Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak kera hendak diajar memanjat.

Takrif

Hendak mengajar orang yang sudah ahli.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.

Takrif

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kemahiran itu sebaik-baik guru.

Takrif

Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak seorang, menantu malim.

Takrif

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Takrif

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk geronggang bawa pelita.

Takrif

Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli