Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"Ahli-ahli sejarah dan ahli-ahli arkeologi" atau "Ahli-ahli sejarah dan arkeologi" yang manakah betul?Ahli-ahli sejarah dan arkeologi. Penggunaan ahli sejarah dan arkeologi juga sudah memadai.Tatabahasa23.05.2015
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya istilah penggunaan perkataan "Ahli" 1. Adakah boleh digunakan "Ahli" sahaja atau " Ahli-ahli" Contoh: (a) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Undangan Negeri Setahu saya perkataan "Ahli" itu merupakan "Kata Nama" - banyak. Jadi memadai kita menggunakan "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan" sahaja. Adakah ini betul atau sebaliknya. Mohon jawapan. terima kasih. T.T. (Rusli bin Kamaruddin) Ketua Pelapor Perbahasan, Dewan Undangan Negeri, PULAU PINANG.

Perkataan ahli boleh merujuk kepada bilangan seorang atau ramai. Perkataan ahli-ahli merujuk kepada bilangan ramai. Perkataan ahli atau ahli-ahli digunakan mengikut konteks yang bersesuaian. Contohnya: a) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. (betul) b) Sekiranya ahli kumpulan tidak dapat menjawab, soalan akan  dibuka kepada ahli-ahli kumpulannya.

Tatabahasa21.04.2011
Yang manakah betul ? (a) ' Gambar Ahli-ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar' ATAU ' Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar'. (b) 'Gambar Ahli-ahli Majlis Profesional' ATAU ' Gambar Ahli Majlis Profesionali' . Terima kasih atas bantuan selama ini.

Encik Wong,

Yang betul ialah: i. Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar  ii. Gambar Ahli Majlis Profesional 

Tatabahasa19.04.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon semakan bagi kenyataan yang tepat seperti berikut: i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti;atau ii. Ahli Lembaga Pengarah - Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Terima kasih.Wassalam,

Perkataan yang betul Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Lain-lain15.05.2018
Assalamualaikum. Antara tiga pernyataan dibawah. Yang manakah yang betul secara tatabahasanya? 1. Insya Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. 2. Insya Allah kami tidak akan mempersiakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. 3. Insya Allah kami tidak akan persiakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. Saya dahulukan ucapan terima kasih atas khidmat nasihat tuan/puan.

Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

Insya-Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli persatuan.

 

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa02.02.2019
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil bagi perkataan 'ahli Sunnah dan ahli Sufi'. Haruskah menggunakan huruf besar bagi perkataan 'Sunnah' dan 'Sufi' atau "ahli al-sunnah dan ahli-ahli-sufi'? Sekian, terima kasih.Frasa ahli sunah dan ahli sufi dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk kata nama yang khusus seperti Ahli Sunah Waljamaah.Tatabahasa26.12.2014
yang manakah betul? Ahli keluarga atau ahli-ahli keluarga?Frasa yang betul ialah ahli keluarga.Tatabahasa02.07.2013
Yang mana satu betul: Kelab Ahli-Ahli Majlis Daerah Sandakan atau Kelan Ahli Majlis Daerah Sandakan.Kelab Ahli Majlis Daerah Sandakan. Perkataan Ahli boleh merujuk bilangan banyak.Tatabahasa29.09.2011
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH.

1.  Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara.
Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek.  

2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara.

Kata sendi di tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara."

Tatabahasa03.06.2013
Tuan, bagaimanakah ayat di bawah dibetulkan? 1. Kami tidak mahu terbawa-bawa ke dalam perselisihan faham antara ahli-ahli keluarga awak. Pada saya, ada dua kesalahan dalam ayat ini. Pertama, penggunaan kata sendi nama "ke dalam" salah. Sebenarnya "ke dalam" ialah kata arah, kerana kata arah "dalam" didahului oleh kata sendi nama "ke". Jadi, "ke dalam" ialah kata arah yang menunjukkan arah. Walhal (sedangkan) frasa nama "perselisihan faham" ialah sesuatu yang abstrak, maka tidak boleh digunakan dengan kata arah "ke dalam" untuk menunjukkan arah. Jadi, frasa sendi nama "ke dalam perselisihan faham" adalah salah pada pandangan saya. Kedua, frasa sendi nama "antara ahli-ahli keluarga awak" juga salah, disebabkan oleh perkataan "ahli-ahli" ialah kata ganda yang membawa maksud jamak, pada masa yang sama kata sendi nama "antara" juga membawa maksud yang jamak. Oleh itu, kata nama yang mengikut "antara" tidak perlu digandakan. Saya berpendapat, frasa yang betul ialah "antara ahli keluarga awak". Apakah pendapat tuan?Pandangan tuan betul, ayat yang gramatis ialah "Kami tidak mahu terbawa-bawa dalam perselisihan faham antara ahli keluarga awak".

Tatabahasa09.12.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli