Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MERCURY | Mercury ialah utusan tuhan dan dewa perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom purba turut memuja Mercury sebagai dewa perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan commerce, merchandise dan merchant berkait rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap Mercury agak licik dan mengelirukan, serta seorang penipu atau pencuri. Penjenayah menganggapnya sebagai pelindung mereka. Mercury menyerupai dewa Hermes dalam mitologi Yunani. | UMUM | |
ABU AYYUB AL-ANSARIY | Abu Ayyub al-Ansariy (? 52 H./ ? 672 M.), salah seorang sahabat besar dan turut menghadiri Baiah al-Aqabah yang kedua. Nama penuhnya ialah Khalid ibn Zayd al-Ansariy dari Bani al-Najjar, suku Khazraj di Madinah (YathribTibah). Ketika Rasulullah SAW berhijrah dan sampai di Madinah, Baginda tinggal dan menetap di rumah Abu Ayyub al-Ansariy r.a. sehinggalah masjid dan rumah Baginda dibina pada tahun itu. | UMUM | |
THE WEST COUNTRY | The West Country ialah bahagian barat daya England . Ia merangkumi kaunti Somerset, Devon dan Cornwall. Sesetengah orang turut memasukkan Avon dan Gloucestershire. The West Country pada keseluruhannya ialah kawasan luar bandar yang rendah. Pertanian dan pelancongan ialah pekerjaan utama, tetapi kawasan ini mempunyai pelbagai jenis industri pembuatan, perlombongan dan kejuruteraan. | UMUM | |
SISTEM WESTMINSTER | Sistem Westminster ialah satu bentuk pemerintahan yang dikembangkan di Britain pada tahun 1700-an dan 1800-an. Ia turut dilaksanakan di tanah jajahan British termasuk Australia dan New Zealand. Ciri penting sistem ini ialah penumpuan terhadap fungsi kerajaan dalam perundangan dan eksekutif (pengurusan). | UMUM | |
MARLBOROUGH, DUKE OF | Marlborough, Duke of (16501722) ialah jeneral British yang teragung. Dia memenangi kejayaan yang cemerlang berturut-turut di Blenheim, Ramillies, Oudenaarde, dan Malplaquet dalam kempennya dalam Perang Rebut Takhta Sepanyol (lihat Pertempuran Blenheim). | UMUM | |
AJAX THE GREATER | Ajax the Greater, Putera Raja Telamon dalam mitologi Yunani ialah salah seorang wira Yunani yang paling berani yang turut berjuang dalam Perang Trojan. Namanya dalam bahasa Latin ialah Ajax, sementara dalam bahasa Yunani Aias . Dia dikenali sebagai Ajax the Greater bagi membezakannya dengan Ajax the Lesser, iaitu seorang lagi pahlawan Yunani dalam Perang Trojan. | UMUM | |
DRYDEN, JOHN | Dryden, John (16311700) ialah penulis Inggeris yang hebat semasa zaman Pemulihan (kira-kira dari tahun 1660 hingga tahun 1700). Dia turut berjaya sebagai seorang penyair, dramatis dan pengkritik sastera. | UMUM | |
PHOENIX | Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met. 2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan pada tahun 1870. | UMUM | |
TEAPOT DOME | Teapot Dome ialah salah satu skandal kerajaan yang paling jahat dalam sejarah Amerika. Skandal ini terjadi semasa Pentadbiran Presiden Warren G. Harding yang turut menjatuhkan martabatnya di kalangan Presiden Amerika Syarikat. Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat dan sebuah suruhanjaya khas telah menyiasat skandal ini dari tahun 1922 hingga tahun 1928. | UMUM | |
MUSLIM IBN UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY | Muslim ibn Uqbah ibn Rabah al-Murriy ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut serta dalam peperangan Siffin bersama-sama tentera Muawiyah dalam barisan tentera jalan kaki. Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn Muawiyah r.a. sebagai panglima umum untuk menundukkan penduduk Madinah yang memberontak terhadap Yazid serta penentangnya. Abu Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./ 683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam sejarah sebagai pertempuran al-Harrah. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.
Lihat selanjutnya... |
|