Borlaug, Norman Ernest (1914 2009) ialah ahli sains pertanian Amerika, menerima Hadiah Nobel pada tahun 1970 bagi bidang keamanan kerana menemui sejenis gandum yang baharu. Pada tahun 1944, Rockefeller Foundation menghantar Borlaug ke Mexico untuk memajukan sejenis gandum yang dapat menghasilkan banyak bijian di kawasan tropika. Menjelang tahun 1950-an, jenis gandum yang dimajukannya telah meningkatkan hasil tuaian gandum dengan mendadak di Mexico. |