Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu pokok beringin mempunyai banyak batang dan boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang ini kemudiannya membesar menjadi batang dan tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok beringin membunuh pokok topang dengan menjerutnya. |