Kata |
Takrif |
Sumber |
penunjang | 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penunjang | 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Pelajar |
penunjang | 1 orang yg memberi tunjangan atau bantuan; penyokong. | Kamus Pelajar |
penopang | sokong, penunjang, penyangga, penyokong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjang | penunjang | Kamus Pelajar |
galang I | benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggak | 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
topang I | sangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan; bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; (duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2. bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut; bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang; menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong; topangan penopang; penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjang I | ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
buttress | n 1. support built against wall etc, sagang; 2. (fig.) any prop or support, penyangga, penunjang: the main ~ of world peace, penyangga utama keamanan dunia; the ~ of the Constitution, penunjang Perlembagaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
penunjang | [pe.nun.jang] | ڤنونجڠ |
|
|