Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
SAADI | Saadi (1213?1292) ialah pengarang Parsi yang masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa dengan memasukkan banyak rangkap tentang moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti moral yang tinggi dalam penulisannya berkemungkinan telah menjadikannya paling popular di kalangan pengarang Parsi. | UMUM | |
POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
BALADA ORANG-ORANG TERCINTA | BALADA ORANG-ORANG TERCINTA, kumpulan puisi berbentuk balada karya W.S. Rendra yang terbit pertama kali pada tahun 1956. Antara semua kumpulan puisi Rendra yang ada, kumpulan puisi ini penting kerana: (i) merupakan kumpulan puisi pertama Rendra sehingga dapat digunakan sebagai titik tolak bagi pemahaman sejarah kepenyairan penyair yang bersangkutan, (ii) merupakan kumpulan puisi yang berhasil mendapatkan Hadiah Sastera Nasional Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (BMKN), dan (iii) sebagai kumpulan puisi pertama dalam sejarah perpuisian Indonesia yang didominasi oleh bentuk balada. | SASTERA | Penerbitan |
|
Puisi |
---|
|
Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|