Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani Byzantine mula-mula menggunakannya dalam peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur, resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin. Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu. |