Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair, petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair (pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C hingga 399C. |