Orang Piltdown menjadi satu bahan gurauan besar dalam kajian manusia prasejarah. Dari tahun 1908 hingga tahun 1912, pelbagai bahagian tengkorak dan rahang telah ditemui dalam satu kawasan lubang batu kerikil di Piltdown, Sussex, England. Sesetengah ahli sains percaya bahawa tinggalan tersebut berasal daripada tulang manusia yang hidup 250 000 tahun yang lalu. Ahli sains yang lain pula menafikannya. Sungguhpun begitu, orang Piltdown menjadi begitu masyhur sehingga dianggap oleh sesetengah ahli sains sebagai penghubung yang tidak diketahui, antara manusia moden dengan beruk. |