Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang; bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing; ekor yang pendek; kaki yang pendek dan merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali sebagai ganders dalam bahasa Inggeris. |