Taufan air ialah sejenis puting beliung yang berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal, hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera memeluwap dalam gumpalan itu dan air di permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan itu. |