Darjah Kebesaran Garter ialah darjah pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh King Edward III. Mengikut legenda semasa King Edward sedang menari dengan Countess of Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita tersebut, dia terpandang beberapa orang tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa Perancis yang bererti Menyesallah sesiapa yang memperkecilkan benda ini. Tambahnya lagi, dia akan menjadikan getah cerut itu begitu mulia sehingga setiap orang mahu memakainya. |