Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALIGATOR | Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat. Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali sebagai aligator. | UMUM | |
LURAH | Lurah, kawasan tanah rendah yang diapit oleh dua buah bukit atau gunung. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
ALLERDALE | Allerdale (pend. 96 300) ialah daerah kerajaan tempatan di barat Cumbria, England. Daerah ini meliputi sebahagian Lake District, dan Keswick ialah pusat pelancongan yang popular. Ternakan tenusu penting di kawasan tanah rendah di barat laut, dan terdapat juga ladang di kawasan tanah tinggi. Di sepanjang pantai barat, terdapat industri moden yang merangkumi kejuruteraan dan pembuatan plastik dan gentian. | UMUM | |
SEGENTING TEHUANTEPEC | Segenting Tehuantepec membentuk bahagian yang paling sempit di Mexico. Ia terletak di antara Teluk Campeche dengan Teluk Tehuantepec, dan merangkumi bahagianbahagian negeri Veracruz dan Oaxaca. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta rupa bumi). Segenting ini mempunyai simpanan petroleum dan sulfur yang banyak. Ia berukuran 210 kilometer lebar pada bahagian yang paling sempit. Kebanyakan tanahnya ialah tanah rendah tropika. Kaki bukit pergunungan Sierra Madre terletak di selatan. | UMUM | |
ILLOCANO | Ilocano ialah kumpulan penduduk yang ketiga terbesar di Filipina. Orang Ilocano yang juga dikenali sebagai Ilokano, Ilokan, Iloko atau Iloco mendiami tanah rendah yang sempit di pinggir pantai barat laut Pulau Luzon. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
DELTA | Delta ialah tanah datar yang rendah yang terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan endapan lain yang mendap di muara sungai. Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta () kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya untuk membawa endapan menjadi kurang secara tiba-tiba. | UMUM | |
DATARAN | Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai ataupun di kawasan pedalaman. | UMUM | |
TANAH SAHUL | TANAH SAHUL, julukan terutamanya oleh pengkaji arkeologi untuk merujuk keadaan darat luas yang pernah wujud antara benua Australia dan pulau Irian Jaya Papua New Guinea serta pulau-pulau kecil di Laut Arafura. Secara lebih tepat, Tanah Sahul boleh dianggap meliputi Pelantar Arafura, Pelantar Sahul, Teluk Carpentaria, pelantar berkedalaman kurang daripada 200 m di sebelah timur Selat Torres, dataran pantai selaran Irian Jaya Papua New Guinea dan daratan rendah di sebelah utara Australia. Sempadan barat Tanah Sahul belum jelas. Ada yang memasukkan Pelantar Rowley hingga North West Cape ke dalamnya, tetapi lebih umum batas baratnya ditarik di Tanjung Leveque, Western Australia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OASIS | Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah tanah berada sangat hampir dengan permukaan tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan. Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis. | UMUM | |
OKAVANGO | Okavango juga dikenali sebagai Cubango, ialah sistem sungai di selatan Afrika. Ia menganjur kira- kira 1600 kilometer dari puncanya di tanah tinggi kawasan tengah Angola ke bahagian alirannya yang lebih rendah di pinggir Gurun Kalahari di utara Botswana. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.
Lihat selanjutnya... |
|