Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DELTA | Delta ialah tanah datar yang rendah yang terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan endapan lain yang mendap di muara sungai. Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta () kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya untuk membawa endapan menjadi kurang secara tiba-tiba. | UMUM | |
LARAS | LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah Laras yang Dua, Luak Yang Tiga. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan Raja Tiga Sila iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan Besar Empat Balai iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Adat |
TASIK HINDMARSH | Tasik Hindmarsh ialah tasik air tawar yang terbesar di Victoria, Australia. Luas tasik ini 12 000 hektar. Pinggir tasik ini melebihi 64 kilometer namun permukaan airnya tidak menentu kerana tasik ini menjadi kering pada tahun yang kering dan menjadi sebuah kawasan tanah datar yang diselaputi garam. Tasik Hindmarsh terletak di Dimboola Shire, kira-kira lima kilometer ke timur laut Jeparit. | UMUM | |
LIMAPULUH KOTO | LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai lautan rumput. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
|
|